OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kami dalam kajian ini iaitu sumbangan muslim kepada kemajuan sains dan teknologi adalah seperti berikut :
- Pertama : Untuk menghayati kebangkitan tamadun islam pada zaman dahulu khususnya dalam sains dan teknologi yang disumbangkan oleh para ahli saintis dan ahli fikir islam ketika itu. Penghayatan sejarah berkaitan sumbangan para saintis dan ahli fikir islam amatlah penting bagi membakar semangat kami untuk meneruskan perjuangan kami dalam menimba ilmu demi kemajuan ummah.
- Kedua : Untuk mengkaji jurusan-jurusan yang dimahiri oleh para ahli saintis dan ahli fikir islam khusunya iaitu Al-Khawarizmi , Ibnu Sina , Al-Biruni , dan Al-Farabi . Keempat-empat tokoh ilmuan islam tersebut amat mahir dalam jurusan mereka masing masing sehinggakan nama mereka dikenali dan disegani seluruh dunia termasuklah di eropah. Kebanyakan jurusan sains dan teknologi pada zaman ini adalah berpokok pangkal dari kajian para tokoh ilmuan tersebut.
- Ketiga : Untuk memupuk semangat dan daya saing kepada kami dan para pembaca blog ini untuk membuat kajian tentang ilmu-ilmu yang ada di dunia ini khususnya sains dan teknologi demi mertabatkan kembali umat islam di mata dunia seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan tamadun islam dalam ilmu sains dan teknologi.
No comments:
Post a Comment