BIODATA IBNU SINA
NAMA PENUH :
al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina
NAMA GELARAN : Avicenna/Ibnu Sina
TARIKH LAHIR : Tahun 370 Hijrah / 980
Masihi
TEMPAT LAHIR : Afshanah, Bukhara,
Turkistan
BANGSA : Parsi
TARIKH WAFAT : 428 Hijrah / 1037 Masihi
di Hamazan
USIA KETIKA WAFAT : 57/58 tahun
KRONOLOGI KEHIDUPAN IBNU SINA KETIKA DI AWAL USIA
UMUR 5 TAHUN : MULA MEMBACA AL-QURAN BESERTA TAJWID.
UMUR 10 TAHUN : MENGHAFAZ BACAAN AL-QURAN BESERTA TAJWIDNYA.
MEMPELAJARI ILMU-ILMU LAIN SEPERTI ILMU FEKAH, ILMU TASAWUF, ILMU HISAB, ILMU GEOMETRI, ILMU FALSAFAH DAN ILMU SAINS(PERUBATAN).
UMUR 16 TAHUN : MENGUASAI ILMU PERUBATAN.
SUMBANGAN INBU SINA DALAM PERUBATAN
Beliau banyak menghasilkan karya dalam
perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan
‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa
seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb
(Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai
himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat
pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan
pembedahan.
al-Qanun fi al-Tibb atau dikenali sebagai The Canon of Medicine(Peraturan Perubatan)
Buku al Qanun fil Tabib telah
diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang
berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa
Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah
hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15
edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di
samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai
buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah
Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan
rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah
menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100
tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku
tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali
dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih
diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan
utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di
Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan
perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai
cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku
tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan
pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah
menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.
Penemuan penyakit baru dan puncanya
·
pengaruh kuman dalam penyakit
·
jangkitan virus seperti TB
·
Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi
·
menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
·
menghasilkan ubat bius
·
membangunkan teknologi perubatan
·
mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
·
mencipta picagari
Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
·
memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU-ILMU LAIN
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli
falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah
yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di
Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu”
yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah
melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam
pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik,
biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican
Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya
beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan
diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan
keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary
dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang
saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan
melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli
geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal
dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan
kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang
gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles
Bidang Geologi dan Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi
dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery,
karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi
di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam
bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam
terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu
kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.
Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:
1. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the
Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2. Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu
ketuhanan).
3. Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat”
(Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
4. Bidang sastera arab “Risalah fi Asab
Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
5. Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al-
Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6. Bidang politik “Risalah as-Siyasah”
(Book on Politics) – Buku tentang politik.
No comments:
Post a Comment