Sunday, 16 April 2017

PENDAHULUAN

 PENDAHULUAN



Dewasa ini, sains dan teknologi mengalami perkembangan yang sangat pesat dan maju dalam kehidupan manusia. Para ilmuwan dan ahli fikir terus meneliti dan mengkaji sains dan teknologi sebagai penemuan yang paling canggih dan moden. Kedua-duanya menjadi simbol ke arah kemajuan pada abad ke 20. Jika sesebuah bangsa atau negara tidak mengikuti perkembangan sains dan teknologi mengikut arus zaman, bangsa atau negara tersebut dikatakan ketinggalan zaman atau ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam agama islam, tiada kekangan dalam mengejar atau mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi bagi memartabatkan kedudukan ummah malahan menggalakkan aktiviti aktiviti tersebut sama ada berkarya,melakukan eksperimen dan pembelajaran. Dalam Firman Allah yang bermaksud "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."(Surah Al-Isra :1-5)

Ini merupakan Wahyu yang pertama diterima oleh Rasullulah yang menceritakan pentingnya dalam mencari ilmu, dalam kes ini bidang sains dan teknologi. Di dalam blog ini akan diceritakan latar belakang serta sumbangan 4 tokoh islam yang terkemuka kepada ummah dan seluruh dunia dalam kemajuan sains dan teknologi. Tokoh-tokoh tersebut ialah Al-Farabi, Al-Kawarizmi, Al-Biruni dan Ibnu Sina.









No comments:

Post a Comment

PENUTUP

PENUTUP   Tolak ukur era modern ini adalah sains dan teknologi. Sains dan teknologi mengalami perkembangan yang begitu pesat bagi kehi...