Wednesday, 19 April 2017

AL-BIRUNI- TOKOH ASTRONOMI, MATEMATIK DAN FIZIK MUSLIM

BIODATA

 

                           



Abu Raihan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni, ilmuwan besar ini dilahirkan pada 362 H atau bulan September 973 M, di desa Khath yang merupakan ibu kota kerajaan Khawarizm, Turkmenistan (kini kota Kiva, wilayah Uzbekistan). Ia lebih dikenal dengan nama Al-Biruni.  

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni membesar dalam golongan yang mencintai ilmu pengetahuan. Beliau merupakan seorang yang suka membaca dan menulis sejak remaja. Ketika berusia 17 tahun, beliau meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari. . Ketika berusia 22 tahun, beliau menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian gambaran peta, "Kartografi", yang termasuk metodologi untuk membuat gambaran belahan bumi pada bidang datar.



Sebagai seorang ilmuwan, Al-Biruni tidak berhenti mencari dan menimba ilmu. Untuk mencari lebih banyak ilmu, Al-Biruni juga membuat penjelajahan ke beberapa negeri. Penjelajahan pertamanya adalah ke daerah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia Tengah).Al-Biruni banyak menghasilkan karya tulisnya melalui penjelajahannya. Semasa di India, beliau telah menulis beberapa karya daripada penelitiannya terhapad adat istiadat dan perilaku masyarakat setempat. Beliau juga telah mendalami ilmu astronomi dan mula mengambil perhatian yang besar terhadap kemungkinan gerak bumi mengelilingi matahari. Kata Al-Biruni, untuk mengetahui sesuatu dan untuk membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia harus menyelidik dan mempelajari alam. Daripada ilmu ilmu ini, dapat sesorang itu mengetahui dan lebih beriman kepada Dia yang mencipta segala-galanya.

Pandangan Al-Biruni ini berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat moden yang melepaskan sains dari agama. Pandangan mereka tentang alam berusaha menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta. 

Keberhasilan Al-Biruni di bidang sains dan ilmu pengetahuan ini membuat decak kagum dikalangan Barat. Max Mayerhof misalnya mengatakan, "Abu Raihan Muhammad lbn Al-Biruni adalah seorang dokter, ahli astronomi, ahli matermatik, ahli fizik, ahli geografi, dan sejarahwan. Pengakuan yang sama juga dilontarkan sejarahwan asal India, Si J.N. Sircar.


SUMBANGAN AL-BIRUNI

 

 

Selama hidupnya, al-Biruni menghasilkan karya besar dalam bidang Astronomi lewat Masudic Canon yang didedikasikan kepada putra Mahmud, yaitu Ma’sud. Al-Biruni juga banyak menulis buku astrologi, yaitu The Elements of Astrology. Pada tahun 1031, dia merampungkan ensiklopedia astronomi yang sangat panjang, Al-Qanun Al-Mas’udi.Al-Biruni berpendapat bahawa galaksi Bima Sakti adalah kumpulan bintang. Al-Biruni merupakan ilmuwan yang pertama dapat membezakan istilah astronomi dengan astrologi. Dalam ilmu bumi, beliau dinobatkan sebagai “Bapa Geodesi”. Beliau juga memberi kontribusi signifikan kartografi, geologi, geografi dan mineralogi.

Pada usia 27 tahun, dia telah menulis buku sejarah yang berjudul Chronology. Beliau juga memberikan sumbangan yang signifikan bagi perkembangan matematik, khususnya dalam bidang teori dan praktik aritmetik, bilangan irasional, teori nisbah, geometri, dan lain sebagainya.Al-Biruni juga berjaya membuat karya dalam bidang geologi. Salah satunya tentang geologi India (Fi Tahqiq ma Li’I-Hind) atau penelitian tentang India. Beliau membezakan kaedah saintifik dengan kaedah historis. Al-Biruni tergolong sebagai pengkaji eksperimental lewat penemuan konsep reaksi waktu.


Sementara dalam bidang mineralogi, beliau telah menulis kitab berjudul Al-Jawahir atau Book of Precious Stones yang menjelaskan kepelbagaian mineral. Al-Biruni bersama Ibnu Haitham termasuk ilmuwan pertama yang mengkaji dan mempelajari ilmu optik. Dialah yang pertama kali menemukan bahawa kecepatan cahaya lebih cepat dari kecepatan suara.

  •       Dalam Bidang Fizik dan Matematika.
Dalam perlindungan Sultan Mas’udi, Al-Biruni menyelesaikan bukunya yang amat berharga tentang ilmu perbintangan, matematik, dan geografi: “Al-Qanun fi’Ulumi Al-Haiati Wal-Nujumi”. Dalam buku ini Al-Biruni membuktikan bahawa bumi bulat, planet dan bintang bulat, baik yang tidak bergerak mahupun yang bergerak, kemudian berputar mengelilingi matahari dan bulan berdasarkan garis paksi mengelilingi bumi. Dia menemukan gerakan kerak bumi yang berputar condong, dan gerakan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam satu tahun. Ia mengemukakan konsep kekuatan grafitasi bumi, yang merupakan satu bukti bahawa bumi berputar pada paksinya. 

Dalam “Al-Qanun’, Al-Biruni membuktikan bahawa bintang bergerak mengelilingi poros rasi bintang. Al-Biruni menciptakan kaedah matematik yang baru untuk menentukan empat arah mata angin, dimana pun juga manusia berada di bumi, di darat, mahupun di laut. Dalam “Al-Qanun”, Al-Biruni menyajikan daftar-daftar matematik, yang mempergunakan segitiga sama kaki, dibuat dari lempengan yang panjang yang dilakukan dengan bentuk geometris secara teratur (simetris). 

Dalam bidang matematik, Dia memberikan sumbangan yang signifikan bagi pengembangan matematik khususnya dalam bidang teori dan praktik aritmatik, bilangan aritmatik, teori nisbah, geometri dan lainnya. Sumbangan terbesar Al-Biruni adalah pemikirannya dalam bidang matematik iaitu konsep besar sudut segitiga 180o dan memperkirakan nilai π adalah 3.14 dan nilai 0,68 untuk sin (40 dg).Dalam pengamatan Al-biruni dikatakan bahawa benda yang bergerak cepat dapat menyusul benda yang mendahuluinya seperti bulan yang mendahului matahari kerana gerak bulan jauh lebih cepat dari matahari. Sebagai seorang fizik, Al-Biruni memberikan sumbangan penting bagi pengukuran jenis berat (specific gravity) berbagai zat dengan hasil perhitungan yang cermat. Konsep ini sesuai dengan prinsip dasar yang ia yakini bahawa seluruh benda tertarik oleh gaya graviti.


  •         Dalam Bidang Astronomi
Pada 1031 M, dia merampungkan explopedia astronomi yang sangat panjang berjudul Kitab Al-Qanun Al Mas'udi. Karya Al-Biruni ini memuat secara komprehensif dan terperinci hasil karya tentang astronomi. Penemuan Al-Biruni dalam bidang astronomi adalah astrolobe, salah satu instrumen untuk mengetahui posisi sebuah planet. Dengan menggunakan astrolobe, posisi terdekat dan terjauh sebuah planet dan bintang-bintang dapat ditentukan. Al-Biruni juga diakui sebagai astronomi yang mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya. Bumi juga memiliki graviti atau daya tarik.


Al-Biruni diakui sebagai seorang yang berhasil melakukan observasi astronomi dengan tingkat ketepatan dan ketelitian yang luar biasa. Karya al-Battani dalam bidang ini berjudul Mengenai Sains Bintang. Karya ini di Barat diterjemahkan dengan judul De Scientia Stellarum. 
                                                    
 Book of elements in Astrology



 
  •        Dalam Bidang Astrologi
Al-Biruni merupakan ilmuwan yang pertama kali membezakan istilah astronomi dengan astrologi. Hal itu dilakukannya pada abad ke-11 M. Al-Biruni juga menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang astrologi. Al-Biruni juga menghasilkan sejumlah sumbangan bagi pengembangan Ilmu Bumi. Atas peranannya dia dinobatkan sebagai 'Bapa Geodesi'. Dia juga memberi kontroversi signifikan dalam kartografi, geografi, geologi, serta mineralogi.
  
  •       Dalam Bidang Optik
Dalam bidang optik, Al-Biruni termasuk ilmuwan yang pertama bersama Ibnu Al-Haitham yang mengkaji dan mempelajari ilmu optik. Dialah yang pertama menemukan bahawa kecepatan Cahaya lebih cepat dari kecepatan suara.

  •       Dalam Bidang Antropologi 
Dalam ilmu sosial, Al-Biruni diangkat sebagai antropologi pertama di dunia. Ia menulis secara terperinci berkaitan dengan antropologi manusia, agama, dan budaya di Timur Tengah, Mediterania, serta Asia Selatan. Dia dipuji sejumlah ilmuwan kerana telah mengembangkan antropologi Islam.

6 comments:

  1. Nice information, valuable and excellent design, as share good stuff with good ideas and concepts, lots of great information and inspiration, both of which I need, thanks to offer such a helpful information here. Tafsir al ahlam

    ReplyDelete
  2. This is also a very good post which I really
    enjoyed reading. It is not every day that I have the possibility to see
    something like this.. Read Manga Online

    ReplyDelete
  3. This is also a very good post which I really
    enjoyed reading. It is not every day that I have the possibility to see
    something like this.. Anime Characters

    ReplyDelete
  4. This is also a very good post which I really
    enjoyed reading. It is not every day that I have the possibility to see
    something like this.. Dream Interpretation

    ReplyDelete
  5. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well.. 알파벳 토토

    ReplyDelete

PENUTUP

PENUTUP   Tolak ukur era modern ini adalah sains dan teknologi. Sains dan teknologi mengalami perkembangan yang begitu pesat bagi kehi...