BIODATA
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain
itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai
al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi
dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara.
Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220
dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi
ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan
Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar
matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin
perpustakaan khalifah. Beliau pernah
memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia
Islam. Beliau juga merupakan seorang
penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar
dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan
yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep
matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
PERANAN DAN SUMBANGAN
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di
Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau
al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali
pada abad pertengahan. Negara Perancis
pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai
Aurym atau Augrim.
Sumbangan
Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri,
antaranya ialah :
- Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
- Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
- Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau
yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta
dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.
Hasil
Karya Al-Khawarizmi
Sepertimana yang telah kita ketahui,
Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman
tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan
ialah :
- Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
- ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
- Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
- Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
- Al-Amal bi’ Usturlab’
- Al-Tarikh
- Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya
yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi
dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan
secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan
hisab. Beliau banyak menghasilkan
karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan
telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang
dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan
tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga
segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan
dalam geometri. Masaalah pecahan dan
sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman
tamadun Islam. Astronomi dapat
ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran
yang berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah
yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi
pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit
dan terhad. Ini disebabkan oleh
kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan
geometri sahaja.
Cabang
Matematik
Antara cabang yang diperkanalkan oleh
al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
- Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam
matematik. Isi kandungan yang
diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan
utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri
dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan
‘metri’ bererti sukatan. Dari segi
ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan
magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri
ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan
geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah
mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.
Ia merupakan nadi untuk matematik
algebra. Al-Khawarizmi telah
diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa
Eropah pada abad ke-12. sebelum
munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh
al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum
ini tak ada istilah aljabar.
No comments:
Post a Comment